Monday, September 28, 2015

☼Aidiladha Kami Di Utara☼

Assalamualaikum wbt..

Cerita pagi Rabu lepas kami bertolak ke Kedah seawal 7.30am. ...Ooo..lupa nak bagitahu...tahun ni ikut family en hubby beraya ke Kedah, rumah adik MIL.Kalau yang friend me kat fb & follow ig me tu sure dah tahu kan...me kan suka update apa2 aje*walaupun ada yg ckp mcm diari pulak semua nk tulis..hmm..sakit ke korang kalau me update, tak suka jangan tengok dan baca ok...settle..^◕‿◕^... .Pengalaman pertama beraya bukan di kampung sendiri & kampung en hubby. Seronok dapat berkumpul...happy tengok muka ceria Mak & Makcu...ye la..Makcu kerap juga beraya ke rumah Mak di Jengka tapi bagi Mak ini 1st time dia beraya kat sana...Kami pun sama...

Asal 6 buah kereta kami penuhkan 3 buah kereta je. Takkan la semua nak bawa kereta kot, karang mengantuk drive sorang2, itupun ada 3 orang adik en hubby tak dapat ikut...ada yang ada hal dan beraya belah mertua dorang.

Alhamdulillah perjalanan lancar, nak kata sesak sangat tak la cuma kenderaan memang banyak. Agak jauh juga nak sampai kampung Makcu sampai kami 'makan buah langsat' waze tak jumpa nak cari sebab kat situ memang sangat lah susah nak dapat internet line.


Singgah lunch kat Pekan Sik
Sambung perjalanan kami ke destinasi yang dituju...perhhh...agak jauh sampai tersilap simpang masuk lorong jalan mati terus ke tanah perkuburan org Siam*dlm hati tak putus doa..seram weyy...walaupun me orang kampung*kg tepi jalan raya kot dan rumah Mak pun kira kampung*perkampungan felda...ini pertama kali seumur hidup me masuk kampung yang sangat jauh rasanya...melalui perkampungan siam dan beberapa angkor wat...lalu depan rumah bomoh siam*terang-terangan tulis papan tanda tu tapi lupa nak snap gambar rumah...mcm seram je. Tapi yang best memang terasa segar & sejuk..penuh dgn pokok2 kiri kanan..lorong nak masuk ke rumah ngam2 satu kereta je..kalau berselisih kena pandai2 la nak buat macamana.
Belah kiri bwh : pic kubur tu suruh si bujang me
snap sebab me takut..haha.
Belah kanan bwh : Lorong nak masuk rumah 
Alhamdulillah dalam pukul 3 petang kami dah sampai...kalau tak silap me Kampung Lubuk Jering ni ada 18 buah rumah sahaja...memang sangat sunyi*nasib baik la semua bilik air dalam bilik, me ni kan jenis yg penakut..hehe.....line internet susah nak dapat..masa kami pergi tu nak balik baru masuk semua whatsapp mesej yg berjela-jela,sampai hang hp..memandangkan takleh berinternet, inilah aktiviti dorang selain dari tengok tv.
Main karom..

Satu lagi yang sangat jarang untuk kita tengok dan dah lama me tak tengok, sembelih ayam ....cabut bulu hingga proses terakhir semuanya Pakcu yang buat dgn pembantu2 yang tak bertauliah..hehe
Nampak tu..yg pic belah bwh belah kanan tu, mil makcu..
kami panggil Tok..masih kuat & sihat walaupun umur dh 71 tahun
bekas bidan la katakan ;) 

Jom tengok macamana gayanya pembantu2 Pakcu dgn ayam2nya..hehe



Dan inilah salah satu hasilnya selepas ayam diproses..jadi santapan makan malam kami..hehe

Kari Ayam Betik Muda..sedap :)

Sekali sekala makan petai jeruk..hehe
Pagi Aidiladha diiringi hujan rahmat...bertambah sejuk..dah mandi rasa sejuk sampai ke tulang...Raya 2 buah rumah je sebab jiran jauh2. Then makan2 je..mak dah buat Nasi Kebuli , Kak Long pula masakkan Laksa Penang..
Punya la leka berborak lupa yang kami langsung tak ambik gambar hari Raya...
Happy sampai sana, bagus juga takde line internet sebab baru betul2 ada quality time dgn dorang..hehe.

Petangnya kamu dijamu dengan air Kelapa Pandan..erhh..wangi baunya...

Makan pula colek Limau Barli..:)
Dua malam kat sana, pagi Sabtu tu kami bertolak ke Penang pula...nanti me sambung cerita cuti2 kat Penang pula ye ^◕‿◕^

Terima kasih Makcu & family sebab layan kami..InshaAllah panjang umur kami pi Kedah lagi naa..





Thursday, September 24, 2015

Salam Aidiladha 1436H

Assalamualaikum wbt...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat kengkawan yang sudi menjengah dan membaca blog suam2 kuku ni...kepada yang melakukan ibadah korban, semoga  ibadah korban kalian diredhai dan diterima Allah swt...kepada yang balik kampung atau pergi beraya tu, hati2 lah bila memandu...mulakan langkah dengan bismillah dan doa semoga perjalanan kita selamat sampai dan kembali... 



Friday, September 18, 2015

I'm Speechless

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah jerebu pun dah semakin berkurang...Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah swt...mulakan hari kita dgn kalimah...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ


Semoga hati tenang..semoga semuanya berjalan lancar...semoga permulaan hari kita dgn segala yang baik2...sekiranya berlaku atau ada yang tidak baik...anggaplah itu ujian @ kekhilafan diri kita....

Pernah tak u alls mengalami situasi macam ni....
~ someone that close to you assume things about you without even talking to you regarding any problems ~. Seriously I feel very bad....I'm trying to be kind to everyone but a little misunderstanding ruin everything...

Tuesday, September 15, 2015

Lepas Gian....

Assalamualaikum wbt...

UPSR dah selesai, hilang satu resah si ibu...si anak??? Hmm..dia sentiasa cool je..susah ke senang ke...relax jer..alahai anak...PSRA belum lagi ni..

Ikutkan jadual PSRA bermula 28/9 nanti, ngam2 lepas cuti Aidiladha...tapi tak nak bagi dia rasa terbeban kami bagi dulu dia rehat...no study at all till weekend...Hari Khamis last UPSR, malam tu terus ambil tool box dia dan apa Tamiya kecik dia tu...jadilah lah dia ala2 mekanik...hmm
Nampak tu...:)
Minggu ni simpan balik Tamiya tu..seminggu je kot nak revision apa yg patut...cuti Aidiladha 5 hari dah tentu tak pandang bukunya...nak pula kalau plan beraya ke Kedah tu on...Apapun kami tak nak push dia study jer...sekarang hanya belek2 buku, tengok tajuk2 yang penting jer..Doa kami dia dipermudahkan untuk menjawab soalan PSRA nanti...



p/s : Bila la nak dapat jadual PSRA ni..





Monday, September 14, 2015

Ada Yang Naik...Ada yang Kurang

Assalamualaikum wbt...

 Memandangkan semalam jerebu teruk aktiviti asal nak beriadah kat taman terpaksa ditukar..Pegi lepak rumah kakak & adik sekejap .Lepas tu terus ke Alamanda..

Semalam macam luar biasa ramai orang kat Alamanda, maybe masing2 cuba elakkan aktiviti luar sebab jerebu yang sgt teruk. Bahaya untuk kesihatan weyyy... Me yang ada anak dah besar pun risau...ye la, kata orang baik elakkan dari cari pasal...tak keluar rumah karang anak pula bosan..dah la baru lepas UPSR kan..

Dah penat jalan window shopping, barang yang dicari takde, nak tengok wayang tayangan ptg dah full, lastly pegi kat RASA sbb si bujang me nak makan waffle kat Waffle Stop tu...

Kami order Chocolate Galore Waffle...tak tanya harga pun sebab dah biasa beli...tak silap me sebelum ni harga dalam rm10.90 kot...dari duit yang me bagi rm20 berbaki..rm6.30...hmm...dah naik harga rupanya..banyak tu..
Nasib baik la sedap ..
Munuman pula, kalau ikutkan kerap kami juga makan kat RASA Alamanda ni...dan 'wajib' order air buah..biasanya gelas besar dan 'gemuk' macam kat bawah ni RM..
Gelas yg mcm ni ok...tp yg ats tu coconut shake..
Sekarang harga masih sama cuma...
Sekarang gelas tu dah diet dan jadi slim..hahaha
Agaknya kesan duit Malaysia yang semakin jatuh kot...sekarang ni kena bijak berbelanja...tak boleh beli ikut sesuka hati je..hmmm

IPU Tak Sihat...

Asssalamualaikum wbt...

Dah lebih seminggu jerebu melanda...hishh..geram tau dgn manusia yg buat kerja tanpa memikirkan kesan pada orang lain...Kesian dgn anak2 kecil yang terkesan, orang2 tua pun sama...kita yang alhamdulillah sihat ni pun terasa perit tekak..

Semalam aktiviti nak riadah bertukar ke Shopping Complex je la..tak berani nak cari pasal..
BBBangi semalam..me snap masa balik otw ke Putrajaya
Yang ni area Putrajaya
Nak balik petang tu me sempat snap area Kajang pula...macam lagi teruk je berbanding Putrajaya..
Yg ni me snap dkt dgn jejantas dpn Kjg Sentral..
ikutkan kat depan(dlm 50meter) tu ada pembinaan flyover
tapi dek kerana jerebu yg tebal so tak nampak..
Apa2pun kita kenalah ambil langkah pencegahan sendiri untuk mengelakkan kesan buruk kepada kesihatan sbb jerebu ni..malas nak copy paste...tapi me baca je kat website Kementerian Kesihatan je...

http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/191

Satu yang me nak tambah, kalau untuk anak2 kita yang sekolah tu bekalkan mask atau bagi sapu tangan kecil...suruh anak basahkan dan lap muka sentiasa...

Sama2 kita buat solat hajat semoga diturunkan hujan, sbb itu aje caranya nak menghapuskan jerebu yg sedang melanda negara kita sekarang..
 

Friday, September 11, 2015

Jana Pendapatan Sebagai Ejen Affiliate Simplehijab ^◕‿◕^

Assalamualaikum wbt...

Baru kejap tadi terbaca blog rakan blogger

Anda ingin menjadi affiliate ejen untuk simple hijab???
Mudah je, sila register kat link ni...
(yang me jadi tertarik tu sbb hijab, mana tahu kot boleh cari koleksi tudung kan )

Then me terus klik kat link tu...bila dibaca...hmm..menarik, sangat mudah....yang penting tak perlu keluar modal, tak perlu keluar jumpa customer, tak perlu ke pejabat pos, tak perlu bazir minyak....perhhh..banyak tak perlu tu...kan banyak keistimewaannya tu...yang perlu cuma luangkan masa tak sampai 5 minit..register sahaja..

Memandangkan dalam ekonomi sekarang, rm pun semakin jatuh(hanya mampu berdoa semoga kembali ke asal @naik semula)...kuasa membeli sebenarnya bukan semakin tinggi tapi lebih kepada keperluan. Jadi nak tak nak kita sebagai pengguna harus membeli. Apa salahnya kita cuba cari sesuatu yg boleh menambahkan pendapatan...sikit pun takpe, yang penting halal.

Berminat nak register sebagai ejen boleh daftar kat sini...

http://simplehijab.co/?id=peye

ataupun klik jer banner kat bawah ni


Nak tahu lebih lanjut ?? Sila klik banner kat atas :)
Nak tengok koleksi dari Simplehijab boleh tengok kat IG Simplehijab @ fb 

p/s : sikit takpe..yang penting halal kan ^◕‿◕^

Isi Ruang Kosong Itu....

Assalamualaikum wbt.....

Sekadar berkongsi artikel yang me rasa sangat berguna....mudah dan senang tetapi ganjarannya sangat besar...kat mana2 pun kita boleh buat sebenarnya...kecuali dalam toilet...Perkongsian oleh  Dr Abdul Aziz Al-Sadhan

KENAPA KAMU DIAM
Kenapa kamu diam? 
Apabila kamu di dalam kereta, 
atau berjalan-jalan, 
atau berada di pasar, 
atau ketika di pejabat 
atau di mana-mana sahaja.
Kenapa kamu diam? 
Sedangkan setiap detik daripada umur kamu itu dihisab oleh Allah.
Ucaplah Istighfar, bacalah Al-Quran. 
Jika kamu tidak hafal, 
maka bacalah dan ulanglah Al-Fatihah seribu 
atau dua ribu kali nescaya ia takkan memudharatkanmu bahkan ia memberi manfaat.
Kenapa kamu diam? 
Beristighfarlah, bertahlillah (sebut لا ٳله ٳلا الله). 
Bila kamu berhenti di lampu isyarat sambil menanti lampu hijau, 
kenapa kamu diam? 
Beristighfarlah, Bacalah, Ulanglah...

ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢَ

Mudahkan ??...tetapi tanpa kita sedar yang mudah itulah yg selalu kita abaikan...Allah dah bagi yang senang tapi kita manusia yg lemah ni kdg2 terlalai...me pun dalam proses nak biasakan tu semua...tak malu me cakap, kdg2 segan dgn en hubby yg tak jemu bagi nasihat.."Quran kalau boleh kena baca hari2 , paling tidak baca surah al ikhlas 3 kali"...ye la, kdg kita sibuk (sbnrnya istilah sibuk tu mustahil, takkan takde ruang langsung kan)bukan tak baca langsung ok, cuma kdg tu selang 2 3 hari baru me sambung balik baca ...Ya Allah, lalainya hamba ini...Astaghfirullahal' adzim....InshaaAllah slowly cuba biasakan...

Sumber : Google
Krg ada yg ckp takde tasbih x leh zikir...nonono...zikir x semestinya ada tasbih ye ;)

Nak tahu lebih lanjut kelebihan istighfar, boleh baca link kat bawah ni..

http://ustaznaim.blogspot.my/2011/02/kenapa-istighfar.html

p/s : Jgn ada ruang kosong dlm diri kita, nanti hati fikir macam2..no good ok  -
♥☺Self motivated☺♥ 

Thursday, September 10, 2015

Tuesday, September 8, 2015

UPSR Bermula...✎ ✍

Assalamualaikum wbt...

Hari ni bermulalah peperiksaan UPSR utk murid2 darjah 6 di seluruh Malaysia...dan si bujang me adalah antara calonnya ....berdebar hati ummi ni mengalahkan anak yang nak exam...masa hantar anak2 tadi parents yang nampak resah..anak2 relax macam takde apa2.Itulah bezanya anak2 zaman sekarang dgn kita dulu ye..
Apapun me doakan semoga permata hati me dan anak2 yang menghadapi UPSR dapat menjawab soalan dgn tenang...mulakan dgn bismillah dan doa penerang hati...InshaaAllah, Dia maha mendengar dan akan mempermudahkan anak2 menghadapi UPSR hingga hari terakhir nanti. Me yakin ibubapa kat luar sana dah usaha macam2...ada yang siap buat kenduri solat hajat, guru2 kat sekolah pun sama..menabur jasa tak kira penat...dgn tuisyen bagai..

Dah penghujung macam ni en hubby takde la paksa si bujang  kami belajar je..lebih kpd jawab soalan2 UPSR yg lepas & kurangkan aktiviti luar je. Make him happy, cuba elak berleter & elakkan buat dia upset sebab nak fikiran dia calm..biasakan dia dgn daily solat hajat dan mengaji quran supaya diterangkan hati dan dipermudahkan menjawap soalan nanti. Semoga dipermudahkan ..InshaaAllah

Sempat me snap gambar dia pagi tadi..muka nampak cool je...jgn risau wahai anak...dah usaha kan...serahkan pada Allah..


Don't worry my dear...u do your best...apapun keputusan nanti kita redha ok...
"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."

Monday, September 7, 2015

♨Apam Susu Sunquick♨

Assalamualaikum wbt...

Kebelakangan ni tak tahu kenapa, asal rasa nak makan something...mesti nak kena dapatkan...hahaha..buang tabiat betul..karang tak pasal2 ada pula yang cakap me ni mengandung ye...

Sebenarnya tak pun tapi nafsu makan ni kadang2 nakal...saja je dok hasut beli la...masak la...nanti kempunan..hishhh..mengarut je. Dari minggu lepas teringin nak makan Apam Susu Kukus, bahan2 lain semua dah ada tepung pula yg takde, bila nak buat semalam baru perasan Chocolate Emulco tu dah expired bulan lepas, serbuk kokok pun dah habis stok...hmm..sabau je la..Tapi dek kerana teringin, menjadilah juga apam tu cumanya jadi Apam Susu Sunquick...nak resepi u alls boleh je google @ refer entri ni cuma bezanya tukar letak pati sunquick je..dan hasilnya ...
Dari tepi nampak cantik je ye ;)
Dari ats..abaikan yg berlubang tu ...dah mcm sarang semut la pulak..hehe
Bila dah dipotong macam gin ghupenye...
Warna kuning tak menyerlah tapi rasa oren sunquick tu mmg ada
Kita kasi zoom sikit kot nampak belang2 tu :)
Pun tak clear..tak pe la..janji boleh makan ;)
Alhamdulillah, nikmat Allah bagi...masih ada deria rasa dan bau...syukur. Kadang2 lumrah manusia ni dah dapat banyak, nak lebih lagi...dah kaya, nak pula kemewahan...dah selesa, nak pula lagi selesa..sentiasa tak puas hati...apa salahnya sekali sekala pandanglah org yg lebih susah supaya kita sentiasa rasa bersyukur dan tidak mengeluh..peringantan untuk diri sendiri juga....^◕‿◕^

Tuesday, September 1, 2015

♥♥14th Anniversary Kami @ Chemistry Cafe+Lab Bangi♥♥

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah...syukur padaMu ya Allah...14 tahun kami bersama...14 tahun me menjadi surinya yang halal...terima kasih Allah kerana dialah imamku yang telah Engkau tulis..

Semoga kami terus kuat...terus tabah ...terus bersama walau apapun  ujian yang datang...semoga ikatan ini berkekalan hingga ke syurga. 

Buat en hubby....

Tq for everything... There is no words that can explain how much you mean to me, how lucky I am and how gratefully to have someone like you in my life...very understanding, caring & loving father as well..love U to infinity..

Memandangkan semalam cuti sempena Hari Kemerdekaan, so kami celebrate in advance...malas nak bersesak dgn traffic jammed,  kami decide celebrate kat area Bandar Baru Bangi je...Chemistry Cafe+Lab..ikutkan dah lama nak pi situ tapi asyik tertangguh sebab ada yang cakap Bangi's branch tak banyak menu...

Konon semangat nak breakfast kat sana tapi rupa2nya semalam pukul 12pm baru buka....terpaksalah kami tunda pergi lewat sikit. Since perut dah kenyang makan Laksa Klate rumah kakak, kami hanya order air, waffle & kek je...itupun cukup mengenyangkan . 
si suami maintain slim
si isteri makin bambam :D
amboiii...serius nye org tuu ;)
♥♥Us 14 years as soul mate♥♥
♥Simple but sweet to remember♥

Konon hari ni nak cuti celebrate berdua..
Tapi tanpa dia macam 0...sbb dia pelengkap hidup kami

Blueberry Smoothies, Iced Lady Boss Latte & Mocha Caramel Latte
A bit frustrated...nk sgt latte art tu bentuk ♥ tapi x dpt..
 Oreo Crazy Crush Waffle
Dark White Mousse Cake..sedap..

Tq utk cashier yg tulis kat pinggan tu...tahu it yr 1st time..
tulisan x clear tu tolak tepi..yg penting awk ikhlas :)
Selain tu ada banyak pilihan kek & pai kat sini...semuanya nampak sedap..maybe next time boleh cuba yg lain2 pula..

Alhamdulillah walaupun simple macam tu tapi mengenyangkan sebab semua yang kami order tu macam milky rasanya kecuali Blueberry smoothies tu je yang ada rasa sedikit masam manis..sedap...

Yang ni pula gambar yang anak bujang me snap...volunteer??? Nonono...ummi dia la suruh..hahaha
Tertarik dgn wall drawing kat dalam tu....nice :)
Yg me tak berapa suka...pi kaunter & order..
Last sekali dia kena paksa jadi model ummi...
bertabahlah anak melayan ummi ye :)
Sedikit review peribadi tentang tempat ni...makanan(berdasarkan apa yang ke order), pada me waffle tu sedikit keras but kaya dgn rasa coklat, Naqiuddin & en hubby memang suka...kek tu memang sedap...I like..Naqiuddin pun suka tapi macam biasa en hubby kalau bab kek2 dia memang tak berapa gemar...makan semulut dua tu boleh la..Harga ??? Standard harga cafe seangkatannya kot..air yang kami order dalam range harga rm13-14...makanan tu dalam range harga rm12-15. Selain dari tu ada juga menu lain. Apa yang me tahu menunya hari2 berubah . So kat situ pada me tak berapa sesuai, katakan kita datang dari jauh semata-mata nak makan apa yg kita tengok dalam ig @ fb tetapi takde tak ke rasa frust..boleh je call tapi takkan nak tanya menu satu persatu kot..rasanya kalau ada menu tetap lagi senang, pelanggan lagi suka. 

A moment to remember...simple video slideshow yang me upload kat instagram..
https://instagram.com/p/7EN-McmANoobs2PxoJ2BctaNATYNkrnCPU3hU0/?taken-by=_maamieiqi_

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...